Blog Saya sudah berpindah

Anda akan dibawa ke Website baru secara automatik dalam masa 3 saat. Jika tidak, Sila Layari
https://mentauscraft.wordpress.com
dan kemaskini bookmark anda. Terima Kasih

TUKANG BESI DAN SARUNG PARANG: PARANG SEMBELIHAN MATA 12"

Isnin, 8 November 2010

PARANG SEMBELIHAN MATA 12"




HULU KEPALA HARIMAU KUMBANG
BESI SPRING LAND ROOVER 12"
HULU JUHA, SARUNG HALBAN BARIK
EKSTRA TAJAM LASAK / HARGA RM 280






HULU TANJAK DENDAM TAK SUDAH
BESI SPRING LAND ROOVER 12"  
HULU JUHA, SARUNG HALBAN BARIK
EKSTRA TAJAM LASAK / HARGA RM 280

   Saya rasa tak ramai daripada anda yang biasa meyembelih binatang berkaki empat. Biasanya orang tertentu sahaja yang di beri kepercayaan untuk menyembelih binatang seperti lembu, kerbau dan kambing ni. Dalam satu kampung tu adalah 2 atau 3 orang sahaja. Bukanlah yang lain tu tak tahu menyembelih, kadang-kadang tu tak cukup berani atau belum di beri kepercayaan. Sesiapa yang berminat atau bercita cita nak menjadi tukang sembelih kat tempat masing-masing, kenalah penuhkan syaratnya yang pertama dulu, iaitu memiliki parang sembelihan. Panjang matanya paling pendek 9" dan paling panjang 16". Bentuknya pulak ikut yang berkenan di hati, asalkan tidak bermata dua (macam banet) dan tidak bergerigi macam gergaji. Pilihan jenis besi dan kepandaian sepuhan tukang besi amatlah penting untuk menghasilkan parang jenis ini.  Belajarlah mengasahnya setajam mungkin. Sekurang-kurangnya boleh memutuskan bulu roma. Dalam bab mengasah mata parang ni, jika direnung dalam-dalam banyak terselit ilmu tasauf di dalamnya. Carilah..tak tau bertanya.
     Setelah dipelajari syarat dan rukunnya, serta teknik yang kebiasaan yang dibuat orang. Beranikanlah hati serta yakin, serahkanlah segalanya kepada Allah dan dengan nama Allah, sembelihlah. Lulus atau jayanya sembelihan itu jika dagingnya nanti sedap di makan, tidak liat atau hanyir. UPSR untuk lembu, PMR untuk kerbau dan STP untuk kambing. Jika anda lulus kambing bermakna anda lulus semuanya. Selamat mencuba.
 *Semua yang ditulis atas pengalaman saya saja, mungkin berlainan bagi orang lain. Harap maklum.

15 Ulasan:

Di 12 November 2010 pada 3:14 PTG, Anonymous muraibatu berkata...

Salam sdra zambri..tahniah , teruskan usha tuan.
aku mmg peminat parang .banyak koleksi aku dah di lepas pada sedara dan kawan.namun dalam2 banyak2 koleksi satu yang aku berminat parang sembelihan bangsa suluk pilipina..parang nya amat tajam , boleh sembelih , boleh kerat tulang , boleh potong paku 5 inci. kalau tengok pun gerun ..

kerana sesama sedara muslim aku nak sampaikan satu rahsia sembelihan ,rahsia ini aku dapat dari seorang suluk di kenali pak mutalib yang tingal di kampong tagupi dent heaven sahabat 23.

mula nya hanya kerana bau rusa yang kami selalu sembelih amat berbau hapak ..tapi suatu hari aku temui beliau jual daging rusa ..amat berbeza dari yang kami selalu sembelih ..bau wanggi , sedap , lembut ..baru tau bahawa daging rusa , kijang binatang hutan amat istimewa...lepas tu secara tak sengaja aku la paling terar sembelih , tak kira apa binatang kambing lembu kerbau, tapi la ni aku dah tak nak sembelih dah ..
nak kata rahsia tak la jugak..kalau dah tau nanti pasti hang tergelak..

idriskenasinn @yahoo .com.
maaf na ..guna bahasa aku ..kerana aku rasa kita sebaya..dan aku pun seronok jika kita jadi sahabat ..

Dan kalau dah kenai ..aku nak zambri buat sebilah parang istimewa untuk aku ..harga usah risoo .aku nak yang terbaik.

 
Di 12 November 2010 pada 7:52 PTG, Blogger Zamri bin Wahid berkata...

Terima kasih kerana menghulurkan tangan persahabatan. Kecil tapak tangan, nyiru di tadahkan. soal permintaan parang sembelihan istimewa tu, tak tahulah istimewa ke tidak nanti. cuma saya akan cuba buat yang terbaik. InsyaAllah. Rajin-rajinlah berhubung.

 
Di 13 November 2010 pada 2:03 PTG, Blogger Hasnah binti Haji Mohd berkata...

Sembelih pun ada tahap UPSR,PMR,STP,SPM apa lak?gurau je.. cuma seronok baca bab2 sembelih ni,nak jugak bw suami saya jumpa zamri tukang parang ni,dia mesti suka..saya tukang sokong je sbb saya suka gak koleksi suami saya simpan,saya ada guna satu kat dapur senang nak siang ayam..hehehe

 
Di 15 November 2010 pada 1:08 PG, Anonymous muraibatu berkata...

salam ..insyaallah ..kalau siap nati email kat saya ..cara bayaran dan hantaran parang. apa yang saya tengok usha sdra zamri mmg hebat.
moga warisan melayu terus kekal sepanjang zaman.

puan hasnah ..saya tak bagi kalau wife guna parang saya di dapor..sayang wooi..sangup saya beli set khas untuk parang dapor. maaf na nanti orang dapor kata saya kedekut pulak..he he

Di tempat saya ada seorang muda ..mewarisi ilmu buat senjata melayu..beliau sorang hafiz..belajar dengan tukang keris tersohor kelantan hanya sempat 3 hari ..tak lama guru tu meningal dunia..tapi secara tak langsung ilmu tu turun pada dia ..kerja2 seni dia ni dapat pengiktirafan dari muzium negara.
moga perjuangan zambri akan membuah kan kejayaan .

 
Di 14 Mac 2011 pada 12:43 PG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

En. Muraibatu..
apakah rahsia sembelihan yang en. gunakan tu...
saya nak tau la jugak...
email saya nnt..
krital_sari@yahoo.com

 
Di 10 April 2011 pada 10:32 PTG, Anonymous zam terengganu berkata...

salam abang zamri,...pada 5.4.20011 tempohari saya telah membeli sebilah mata parang "POTONG PAKU",...boleh kah abg zamri terengkan kebaikan dan kelebihannya?boleh saya tahu apakah besi yang terbaik untuk kekuatan dan ketajaman?

 
Di 22 April 2011 pada 4:26 PG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

Bolehkah upload gambar mata parang "potong paku" dan jenis mata yang lain dan terangkan perbezaannya.

 
Di 28 April 2011 pada 11:00 PTG, Anonymous Zam terengganu berkata...

salam abg zamri,..disini saya ingin menyuarakan perasaan yang teramat puas hati terhadap mata parang D2 yang dibeli dari abg zamri.TERIMA KASIH.

 
Di 15 Jun 2011 pada 4:27 PTG, Anonymous kamal yusoff berkata...

En. Muraibatu..
pohon dapat emailkan kepada saya apakah rahsia sembelihan yang en. gunakan tu...apa yang baik dijadikan panduan yang buruk dijadikan sempadan.

email saya m_k_y76@yahoo.com

 
Di 15 Ogos 2011 pada 9:46 PG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

bagi saya rasanya senang jer nak bagi daging x berbau dan lembut.....yang penting semasa kita sembelih kita kapit kan ketiak sebelah yang memegang parang....... supaya daging tak berbau .....semoga kita dapat berkongsi ilmu....

 
Di 28 Mac 2012 pada 7:06 PTG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

saya pula belum pernah sembelehan saya selama ni berbau baik kambing lembu kerbau dn sebagainya.yang penting bagi saya sempurnakan rukun dan syaratnya.lepas sembelih cepat2 lepaskan talinya supaya darah dapat keluar semuanya agar dagingnya sedap dinikmati..tukang sembelih jangan tinggal solat puasa dan kewajipan sebagai orang islam..satu hari kami makan kambing aqiqah sekali suap aje kami tinggalkan kenapa?alamak bau sesangat!!!saya tanya siapa yg sembelih? biasanya pak imam.. kali ni yang jual kambing yang sembelih yang tak pernah sembahyang jemaah dimasjid...pengalamanlah diantara sebab2nya wallahua'lam bissawab

 
Di 15 April 2012 pada 10:30 PG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

bagi pendapat saya potong paku x penting , nak sembelh buat apa nk potong paku pla.kalo nk potong tulang pakai kapak lh, besi byk jenis besi. yg penting sepuh dia, kalo dalm engeneering boleh lh nk tentukan nk sepuh brape 50 @60 .makin tajam besi makin mudah patah,

 
Di 20 Mei 2014 pada 1:19 PTG, Blogger Firdaus berkata...

KEPIK LA KETIAK TU........NAK PERCAYA KENA ADA ASAS.........JGN MAIN TELAN......AKU AMBIK CONTOH KAMBING BERBAU..........KEBANYAK KAMBING YANG DISEMBELIH DI M'SIA DAH MATANG.............BAPAK KAMBING.................MEMANG KAMBING BERBAU KUAT........HORMON DAN TABIAT KENCING KAT BADAN DIE...........JANTAN BAPAK LA.............APE JADI KALU KITE SEMBELIH............BERBAU LA......NAK2 KALU MASE LAPAH X JAGE BULU DAN PUNDI KENCING DIE..........BANYAK FAKTOR..........TAPI KAT LUAR NEGARA,,,,,,,,,,,,BOLEH DIKATEKAN HAMPIR SEMUA KAMBING BAWAH 1 TAHUN DISEMBELIH......4-8 BULAN JE...............TAK JADI BAPAK LAGI...............X NAIK SYEH LAGI............X LE BAU.................JGN TERLAMPAU...............JGN SUSAHKAN YANG SUSAH............BELAJAR DENGAN MEREKA YANG MAHIR..........BENDE X PAYAH.......PERLU BERANI DAN BUAT...YAKIN LA................SEMBELIH LA AYAM DULU............NAK AQIQAH ANAK SEMBELIH KAMBING LAK................ANDA MAMPU...ASYIK2 MEREKA TOK IMAN.

 
Di 22 Mei 2015 pada 1:53 PG, Blogger parang kraf berkata...

Assalamualaikum saudara2 semua khusus empunya blog, cantik dan halus parang2 yang di hasilkan (pakcik zamri) yang memang dah terkenal di malaysia, selalu kuar kat tv, maupun kat surat kabar, teringin la sy sngt nak berguru kat pakcik namun apa kan daya jauh, terpisah oleh lautan yg luas, xper la, dpt tgk koleksi dan dpt berkenalan pun dah bersyukur kpd Allah Swt,
berbalik pada syarat sembelihan tu sy setuju la sngt apa yg pakcik katakan, parang sembelih tu kena la tajam sngt, kalau tak tajam seksany la haiwan tu yer pakcik, huhu

 
Di 19 Jun 2015 pada 8:48 PTG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

parang ni ada lagi ke tuan? HULU KEPALA HARIMAU KUMBANG
BESI SPRING LAND ROOVER 12"
HULU JUHA, SARUNG HALBAN BARIK
EKSTRA TAJAM LASAK

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama