HARI RAYA KORBAN DAN MPP
Dah jadi kebiasaan sejak dua tiga tahun kebelakangan, sehari sebelum Hari Raya Korban adalah hari yang paling sibuk. Banyak yang perlu disediakan, barangan keperluan di rumah, barangan masjid untuk hari korban esok dan yang paling penting parang pisau Mentaus Crafts akan jadi pemain utama. Dari pagi semua warga Mentaus Crafts sibuk mengasah parang. Ada yang kurang pandai mengasah dan mintak bantuan Abang Man Misai. Saya nasihatkan ilmu mengasah parang ni patut di kuasai oleh setiap orang. Kena belajar dan rajin mempraktikkannya.
Masa kerja sembelihan korban ni lah kita buat R & D produk kita. Masing- masing dah diberikan tugas, cuma Cik Mat Lago tak dapat turut serta sebab kena buat korban di kampungnya Felda Pasoh Satu. Namun Cik Mat dibekalkan sebilah parang untuk jadi duta produk kita di Pasoh Satu.
Sebenarnya saya pun tak sabar nak menguji produk parang terbaru Mentaus Crafts yang belum lagi dipasarkan (gambar pun tak di benarkan ambik he..hee) tapi dah diberi nama iaitu MPP 'Multi Purpose Parang'. Mulanya saya akan guna untuk menyembelih, kemudian melapah dan memotong daging, last sekali kita akan potong tulang. Kalau berjaya kita akan buat dengan banyak dan pasarkan. Pada tahun-tahun yang lepas kita menguji parang sembelihan dan parang pemotong tulang, semuanya berjaya dan sekarang kita dah keluarkan dengan banyak.
Saya akan tulis lagi berkenaan MPP ni sekiranya R & D ini berjaya dan boleh di pasarkan.
Selamat beribadah korban.
11 Ulasan:
Bang Zamri,
Bukannya MPP tapi PSG - Parang Serba Guna
atau PSB - Parang Serba Boleh
atau PPG - Parang Pelbagai Guna
atau PGK - Parang Generasi Kedua atau Parang Gerak Khas
Baguih cadangan tu. Nantilah saya fikirkan. proses R & D dah selesai dan berjaya mencapai standard yang diinginkan. Saya bekenan dengan PPG tu.
Saya pun nk bg cadangan la camtu...saya cadangkan,
P3M atau 3M ...
3 huruf M itu mewakili =
Menyembelih
Melapah/Memotong Daging
Memakuk/MemotongTulang
Salam Ziarah dari Lintau Selangor..
Golok Perang bagaimana pula???
Salam sdr Zamri,
saya amat tertarik dgn hasil produk keluaran sdra.
InsyaAllah panjang umur saya akan singgah tempat sdra. Oh ya saya bersetuju dgn pendapat anda nama parang itu diberi nama Parang PPG.
Sekian.
wah... sungguh menarik.... ssah nak jumpa parang mcm nie... tp klau dah serba guna... tentu harganya pun boleh tahan... agak2 bilo bulih dpasarkan dan berpa pula harganya..
salam tuan empunya blog,
Aidil adha dah berlalu, macam mana dengan R&D tu?
jikalau boleh pihak tuan sertakan lah gambar parang serba guna tu dan harga, Boleh lah nak bujet untuk gaji bulan ni. lg pun gaji x lama lagi..
terima kasih,
Sebab semua orang dah tau saya putuskan nama produk ni MPP (Multi Purpose Parang) terjemahannya 'Parang Pelbagai Guna'.
Matanya dari besi Spring yang terbaik sementara hulu dan sarungnya dari jenis kayu tahan lasak.
Hulunya InsyaAllah, takkan tercabut dan patah. Yang paling best, kena tolak picu baru boleh keluarkan mata dari sarung dan bila disarungkan semula ada bunyi "keletap"...
Hargo eh 3-- ke 4-- tengok saiz. ada 3 saiz. Paling sesuai untuk peminat aktiviti lasak di hutan.
MPP melahirkan 1 fenomena luar biasa pada peminat semua sedang menantikan Misteri Pada Parang MPP, Abg Zamri dah bgtaw harga RM 3** hingga 4** jadi pada peminat parang, bersedialah menantikan kemunculan MPP
Saya dh tgk MPP masa dtg ke bengkel hohohohoh...itu parang pertama yg sy jmp ( samada dpn mata @ internet ) yg ada fungsi pengunci tu. Sangat2 berguna klau di bawak ke hutan utk survival.ada amik gamba tp tak dibenarkan terlepas ke net lagi kerana belum cukup perfect kata En Zamri.huhuhuhu...saya pegang amanatnya...
SAYA BARU BELI PARANG MPP MASA KARNIVAL KRAFTANGAN DI PLAZA ANGSANA,JB PD 15 DIS 2011..ANG MAN MISAI YG JUAL..TQ MENTAUS..
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama