PARANG SEMBELIHAN MATA 12"
Saya rasa tak ramai daripada anda yang biasa meyembelih binatang berkaki empat. Biasanya orang tertentu sahaja yang di beri kepercayaan untuk menyembelih binatang seperti lembu, kerbau dan kambing ni. Dalam satu kampung tu adalah 2 atau 3 orang sahaja. Bukanlah yang lain tu tak tahu menyembelih, kadang-kadang tu tak cukup berani atau belum di beri kepercayaan. Sesiapa yang berminat atau bercita cita nak menjadi tukang sembelih kat tempat masing-masing, kenalah penuhkan syaratnya yang pertama dulu, iaitu memiliki parang sembelihan. Panjang matanya paling pendek 9" dan paling panjang 16". Bentuknya pulak ikut yang berkenan di hati, asalkan tidak bermata dua (macam banet) dan tidak bergerigi macam gergaji. Pilihan jenis besi dan kepandaian sepuhan tukang besi amatlah penting untuk menghasilkan parang jenis ini. Belajarlah mengasahnya setajam mungkin. Sekurang-kurangnya boleh memutuskan bulu roma. Dalam bab mengasah mata parang ni, jika direnung dalam-dalam banyak terselit ilmu tasauf di dalamnya. Carilah..tak tau bertanya.
Setelah dipelajari syarat dan rukunnya, serta teknik yang kebiasaan yang dibuat orang. Beranikanlah hati serta yakin, serahkanlah segalanya kepada Allah dan dengan nama Allah, sembelihlah. Lulus atau jayanya sembelihan itu jika dagingnya nanti sedap di makan, tidak liat atau hanyir. UPSR untuk lembu, PMR untuk kerbau dan STP untuk kambing. Jika anda lulus kambing bermakna anda lulus semuanya. Selamat mencuba.
*Semua yang ditulis atas pengalaman saya saja, mungkin berlainan bagi orang lain. Harap maklum.