Blog Saya sudah berpindah

Anda akan dibawa ke Website baru secara automatik dalam masa 3 saat. Jika tidak, Sila Layari
https://mentauscraft.wordpress.com
dan kemaskini bookmark anda. Terima Kasih

TUKANG BESI DAN SARUNG PARANG: 16 Nov 2010

Selasa, 16 November 2010

HARI RAYA KORBAN DAN MPP

    Dah jadi kebiasaan sejak dua tiga tahun kebelakangan, sehari sebelum Hari Raya Korban adalah hari yang paling sibuk. Banyak yang perlu disediakan, barangan keperluan di rumah, barangan masjid untuk hari korban esok dan yang paling penting parang pisau Mentaus Crafts akan jadi pemain utama. Dari pagi semua warga Mentaus Crafts sibuk mengasah parang. Ada yang kurang pandai mengasah dan mintak bantuan Abang Man Misai. Saya nasihatkan ilmu mengasah parang ni patut di kuasai oleh setiap orang. Kena belajar dan rajin mempraktikkannya.
     Masa kerja sembelihan korban ni lah kita buat R & D produk kita. Masing- masing dah diberikan tugas, cuma Cik Mat Lago tak dapat turut serta sebab kena buat korban di kampungnya Felda Pasoh Satu. Namun Cik Mat dibekalkan sebilah parang untuk jadi duta produk kita di Pasoh Satu.
    Sebenarnya saya pun tak sabar nak menguji produk parang terbaru Mentaus Crafts yang belum lagi dipasarkan (gambar pun tak di benarkan ambik he..hee) tapi dah diberi nama iaitu MPP  'Multi Purpose Parang'. Mulanya saya akan guna untuk menyembelih, kemudian melapah dan memotong daging, last sekali kita akan potong tulang. Kalau berjaya kita akan buat dengan banyak dan pasarkan. Pada tahun-tahun yang lepas kita menguji parang sembelihan dan parang pemotong tulang, semuanya berjaya dan sekarang kita dah keluarkan dengan banyak.
     Saya akan tulis lagi berkenaan MPP ni sekiranya R & D ini berjaya dan boleh di pasarkan.
     Selamat beribadah korban.