Blog Saya sudah berpindah

Anda akan dibawa ke Website baru secara automatik dalam masa 3 saat. Jika tidak, Sila Layari
https://mentauscraft.wordpress.com
dan kemaskini bookmark anda. Terima Kasih

TUKANG BESI DAN SARUNG PARANG: 25 Nov 2010

Khamis, 25 November 2010

PENGUMUMAN

MENTAUS CRAFTS AKAN MENYERTAI PROMOSI DAN JUALAN  KRAFTANGAN HASIL RIMBA ANJURAN PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA PADA KETETAPAN BERIKUT

TARIKH : 2 HINGGA 6 DISEMBER 2010

TEMPAT : KOMPLEK KRAFTANGAN MALAYSIA ,
                  JALAN CONLAY, KUALA LUMPUR.

MASA : 9.00 PAGI - 10.00 MALAM

HINA BESI DEK KARAT, HATI BERANI SENJATA TAJAM

Salam sejahtera. lama saya tak mencatat. Memang agak sibuk, sebab bersiap sedia untuk Promosi Kraftangan pada 2 hingga 6 Disember di Kuala Lumpur. Setelah selesai R & D produk terbaru MPP, sepatutnya kita terus buat pengeluaran. Kemudian barulah terbitkan dlm blog. Nampaknya terpaksa di tunda sikit. Pelanggan yang datang ke bengkel dah boleh membelek dan mencuba prototypenya. Ada yang terus membuat  tempahan. Peminat parang yang cuma melayari blog harap bersabar sikit. Nikmatilah adengan suspen ini.
  Kepada  pelanggan yang pertama kali menggunakan produk kami,  diharapkan berpuashati dengan kualiti mata dan sarung yang kami hasilkan. Apa yang Tuan Tuan beli bukan hanya sekadar sebilah parang, tapi adalah satu karya seni (sebab tu mahal sikit ) Alah membeli menanglah memakai. Cuma saya khuatir sikit dengan pembeli yang tak pandai mengasah parang ni. Besi yang baik macamana sekali pun akan tumpul juga, kemudian perlu di asah. Kalau failed mengasah, prestasi parang pun jatuh merudum. Awas, parang tumpul kalau di buat menyembelih akan menyakitkan binatang. Binatang tu pulak akan mempertanggung jawabkan kita di Akhirat. Nauzubillah..
  Ilmu mengasah parang ni patut di ketahui oleh setiap pemilik parang. Kena cari gurunya dan sudah tentu kena beli alatnya (batu asah). Bukanlah susah sangat pun.