Blog Saya sudah berpindah

Anda akan dibawa ke Website baru secara automatik dalam masa 3 saat. Jika tidak, Sila Layari
https://mentauscraft.wordpress.com
dan kemaskini bookmark anda. Terima Kasih

TUKANG BESI DAN SARUNG PARANG: HINA BESI DEK KARAT, HATI BERANI SENJATA TAJAM

Khamis, 25 November 2010

HINA BESI DEK KARAT, HATI BERANI SENJATA TAJAM

Salam sejahtera. lama saya tak mencatat. Memang agak sibuk, sebab bersiap sedia untuk Promosi Kraftangan pada 2 hingga 6 Disember di Kuala Lumpur. Setelah selesai R & D produk terbaru MPP, sepatutnya kita terus buat pengeluaran. Kemudian barulah terbitkan dlm blog. Nampaknya terpaksa di tunda sikit. Pelanggan yang datang ke bengkel dah boleh membelek dan mencuba prototypenya. Ada yang terus membuat  tempahan. Peminat parang yang cuma melayari blog harap bersabar sikit. Nikmatilah adengan suspen ini.
  Kepada  pelanggan yang pertama kali menggunakan produk kami,  diharapkan berpuashati dengan kualiti mata dan sarung yang kami hasilkan. Apa yang Tuan Tuan beli bukan hanya sekadar sebilah parang, tapi adalah satu karya seni (sebab tu mahal sikit ) Alah membeli menanglah memakai. Cuma saya khuatir sikit dengan pembeli yang tak pandai mengasah parang ni. Besi yang baik macamana sekali pun akan tumpul juga, kemudian perlu di asah. Kalau failed mengasah, prestasi parang pun jatuh merudum. Awas, parang tumpul kalau di buat menyembelih akan menyakitkan binatang. Binatang tu pulak akan mempertanggung jawabkan kita di Akhirat. Nauzubillah..
  Ilmu mengasah parang ni patut di ketahui oleh setiap pemilik parang. Kena cari gurunya dan sudah tentu kena beli alatnya (batu asah). Bukanlah susah sangat pun.

5 Ulasan:

Di 25 November 2010 pada 8:29 PTG, Anonymous universal berkata...

salam.

parang MPP ni mata parang ni dibuat daripada besi apa? suspen sangat lah plak tgu nak tengok Parang MPP ni. ye lah lain dari yang lain. nanti kena upload yang gambar parang dalam 3d lah. hehehe

 
Di 26 November 2010 pada 7:28 PTG, Anonymous muraibatu berkata...

Salam ..tahniah kelahiran MPP..kalau dah ada stock teman insyaallah nak tempah satu.

 
Di 30 November 2010 pada 11:28 PG, Blogger Emperor berkata...

Disebabkan En Zamri dah menekankan aspek 'skill' asah parang banyak kali, boleh tak En Zamri membuat satu entry utk mengajar bagaimana cara teknik mengasah parang yg betul & berkesan.kalau boleh buat video lagi cantik ( abg man misai boleh jadi hero hehehe ). Saya ada HandyCam.Kalau En Zamri mahu, saya boleh singgah ke workshop bila balik kampung nnti utk buat video tersebut.FOC

 
Di 1 Disember 2010 pada 11:12 PTG, Blogger Zamri bin Wahid berkata...

terima kasih encik emperor. Kalau nak singgah beritahulah dulu. Saya rasa cadangan nak buat vedeo cara-cara mengasah tu paling baik. Ingat saya nak tulis aje dlm blog, tapi payah nak faham. Harap ada manfaatnya utk pemilik-pemilik parang.

 
Di 2 Disember 2010 pada 1:05 PTG, Blogger Emperor berkata...

Saya akan balik kg mertua saya hari Jumaat malam ( 3 Dec 2010 ). Jadi saya boleh datang ke bengkel En Zamri pada hari Sabtu ( 4 Dec 2010 ). InsyaAllah saya boleh sampai ke bengkel dlm pukul 10 pagi.saya akan call dulu pagi sabtu tu dlm pukul 8 utk double confirm dgn En Zamri. atau En Zamri boleh call saya jika ada sebarang perubahan. ( 012-6217149 )

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama